*untuk mereka2 yang sudah menonton sahaja*
dalam bulan Jun lepas aku menonton filem Drag Me To Hell kat panggung. Sebenarnya aku tak berapa suka cerita terkejut2 @ acah2 manja macam ni, bukan apa..takut dapat serangan jantung awal dari masanya.Tapi atas desakan dan dorongan yang mengalakkan dari rakan2, pergi juga la. Bukan apa yang terjadi kat dalam panggung yang aku nak ceritakan tapi kisahnya di rumah.
aku mula mundar -mandir kat dalam bilik, "mana pulak penutup pendrive 1GB aku ni , yang smart, bergaya mutu keunggulan?" aku bermonologue. Penutup pendrive pertama dalam kareer aku dah hilang. Segala pelusok ,lorong ,corong laci meja aku diselongkar, masih tiada.. "Kat atas meja CEO Laci kertas Entertainment kot.."kali kedua bermonologue. Kali ini lagi sukar. Dah berapa minggu dah meja dia tak nmpak permukaan meja, maklum la..kerjanya CEO jadi kertas menimbun- nimbun dah aku tak ubah seperti mahu mencari jarum dalam jerami2 seperti satu episod dalam Mythbusters. Setelah timbul dari lautan barang2 dan kertas2 atas meja, aku putus harapan, masih tiada penutupnya pendrive Kingston 1GB rm55 . Sewaktu aku bercanggung kepenatan, mengharapkan cahaya puteh spotlight suluh kat kepala..
Tiba - tiba aku nampak satu benda dari bwah meja.
close up sikit mata tapi masih samar. Capai guna tangan ,sampai.. aku ambil dan tengok
Butang?? ........
Mengigil kejap aku.. teringat balik cerita drag me tu hell. Yang jadi isunya butang tu,besar betul.. lebih kurang besar duit syiling 20 sen ,dah la rekaan classic warna coklat hitam hijau. Tidak pernah kulihat orang dalam rumah aku ada baju yang butang macam tu punya besar.. Pergh!! putih kejap la aku muka aku. Kalau ada sorang kat situ waktu tu ,mesti dia kata muka aku kaler sama dengan dinding rumah. Tak tipu..
MasaLepas - Flush terus "benda" tu dalam jamban, penutup pendrive masih tidak dijumpai sampai sekarang..
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hahaha..butang baju jiji kot..biase nye butang same saiz ngan org nye..muahahaha
hahaha..
mungkin la kot..
siut je.. mana aku ada butang sebesar badan teah.. hahahahhaha!!
Post a Comment