"Apa ni ? ape ni ? ape bende die mengarut ni?" itulah kata -kata yang agak kuat la aku lafaz pada 2 tahun lepas waktu aku tinggal sensorang di dalam hostel universiti. "aii, tak kan baru berchat seminit dua dah jatuh hati kat aku perempuan ni..." kata ku dengan perasaan pelik campur senang hati, terer jugak aku ni. Tapi macam mana pun tak boleh tunjukkan perasaan tu, kena ye,kena buat macam biasa je.. jadi, layan la berchatting dengan perempuan itu tapi kali ni sedikit perasa macho ditambah ..sikit je x boleh bubuh banyak2. "awak tau ke maksud saya nih?" tiba-tiba perempuan tu tulis dalam private box yahoo message2 di kolum menulis.
masalepas : ha?
perempuan itu : perempuan itu is typing...
dan perempuan tu pun terangkan la kat aku yang maksud dia macam tu macam ni bukan macam mana macam sana
**************
aku sekali lagi berada dalam peristiwa yang sama pada pagi tadi , tengahari tadi sebenarnya. Jadi, aku dapat ilham yang tak ada unsur2 kreatif langsung iaitu mendapatkan 'list' untuk benda2 yang macam ini. Hasilnya.. nak share sikit
slang bahasa internet
ini adalah 'list' bagi slang bahasa internet yang menjadi rutin harian warga internet, contohnya seperti LOL (Laughing Out Loud), ASAP (As Soon As Possible), OMG (Oh My God), dan WTF (What The Fish). Sila lihat link tu untuk dapatkan perkataan canggih ,pelik dan baru yang mungkin sesuai untuk menjadi kegunaan chating anda seperti YOYO (You're On Your Own) ,
AFAIR (As Far As I Remember) dan NSTP (Nanti Sat Tengah Pikir)
Owh! sebagai tambahan pencuci mulut, emotions untuk dipraktikkan dimana - mana ketika anda bermesej atau berchatting.
term yang telah diguna pakai oleh perempuan itu ialah "KISS" :'-( ,
kicewa sedikit, bukan sebab salah faham, tapi sebab maksud untuk perkataan "S" yang last tu . Kalau sayang ke atau sweetheart ke maksud dia tak pe la jugak
MasaLepas - Bring it on! cakap je singkatan ape, semua aku tau! *jari - jemari bersiap sedia nak search kat internet*
Wednesday, August 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment