2 tahun ini ,satu perkataan je yang asyik kedengaran, muzik "Indie"(Independent). Kalau dari falsafah screenwriting, plot point 1 berlaku bilamana Estrenged menang Final Juara Lagu dan orang selalu cakap "pisang takkan berbuah dua kali", tapi tak semua macam tu, mesti ada jugak..yang ada jugak tu la akan kata, "peduli ape aku!" maka tahun depannya giliran Meet Uncle Hussien pula memenangi trofi yang sama. Semenjak itu, banyak pihak yang telah berubah perangai.. pertama-tamanya pihak media masa_alah, terpaksala bertukar rutin daripada lepak tunggu artis kepada angkat kaki cari artis, "Its our job",katanya(..terpakse..). Keduanya ramai orang mula main muzik *which is good, yang dah reti main pulak, punggah stor bawah tangga cari balik gitar, panggil member lama ajak jamming dan yang otai-otainya pun terpaksa berkerja keras banyak sebab saingan makin tinggi *again, which is very good.
Masalahnya pergerakan sihat ini decemari oleh orang Baru (dah nama pun baru) yang baru nak mengikuti pergerakan ini sama ada memang suka atau terpaksa (trend..x ikut kena kutuk pulak nanti) yang macam ayam baru lepas bertelur @ budak kecil masuk ke kedai mainan. Perangai ikut sesuka hati berdasarkan fahaman tibai-faham sendiri yang cetek tentang pergerakan indie. Ada dua pihak yang macam ni, 1-media masa-k yang mula boikot artis kerana artis tidak memberi jawapan yang memuaskan hati ketika interview (kes butterfingers) atau tidak mengikut telunjuk mereka seperti aktiviti photoshoot dipinggiran kolam. 2- rakyat jelata(budak sekolah).Ini dimaafkan sebab namapun budak-xpham-pelajar memang begitu. Jenis yang kedua ni selalunya tak faham terma Independent ,genre dan aliran muzik dan sejarah muzik independent tanah air. Ini selalunya disebabkan masalah malas nak mengkaji @ belajar sikit, selalunya itulah.. sudahla tak faham, ikut pulak fahaman tibai-faham sendiri
Walaupun mereka macam tu, ada juga kebaikannya..ada la dua tiga kucing berlari. Budak-xpham-pelajar ni lah golongan yang penuhkan gig-gigs, support artis walaupun entah siapa yang perform pun mereka x kenal. Media pula, dalam pening-pening nak mengeratkan hubungan dengan artis independent, ramai yang sedar adanya pergerakan Indie ni dengan telatah media. Golongan seni pula, ramai yang yang mula buat album dengan qualiti yang tinggi, barula kena dengan slogan "produk Malaysia berkualiti tinggi".
Terus, banyak la band - band yang memang berkualti seperti bittersweet,love me butch ,meet uncle hussien, they will kill us all dan banyak lagi.
Tahukah anda apa itu muzik independent? Hakikatnya ramai yang tak betul-betul faham..jadi, bukan tepuk dada tanya selera,tapi buka new tab taip independent music dan yang berkaitan..
MasaLepas - Membaca itu seperti melalui jambatan Ilmu atas jamban.haha.. jambatan tu nama ilmu, dan kalau x membaca ,maka jatuh la anda ke dalam jamban..kena flush,'hanyut' dan sesat la korang..
Monday, October 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment