Wednesday, August 12, 2009

kisahLepas |2|

"Apa ni ? ape ni ? ape bende die mengarut ni?" itulah kata -kata yang agak kuat la aku lafaz pada 2 tahun lepas waktu aku tinggal sensorang di dalam hostel universiti. "aii, tak kan baru berchat seminit dua dah jatuh hati kat aku perempuan ni..." kata ku dengan perasaan pelik campur senang hati, terer jugak aku ni. Tapi macam mana pun tak boleh tunjukkan perasaan tu, kena ye,kena buat macam biasa je.. jadi, layan la berchatting dengan perempuan itu tapi kali ni sedikit perasa macho ditambah ..sikit je x boleh bubuh banyak2. "awak tau ke maksud saya nih?" tiba-tiba perempuan tu tulis dalam private box yahoo message2 di kolum menulis.

masalepas : ha?
perempuan itu : perempuan itu is typing...

dan perempuan tu pun terangkan la kat aku yang maksud dia macam tu macam ni bukan macam mana macam sana

**************

aku sekali lagi berada dalam peristiwa yang sama pada pagi tadi , tengahari tadi sebenarnya. Jadi, aku dapat ilham yang tak ada unsur2 kreatif langsung iaitu mendapatkan 'list' untuk benda2 yang macam ini. Hasilnya.. nak share sikit

slang bahasa internet

ini adalah 'list' bagi slang bahasa internet yang menjadi rutin harian warga internet, contohnya seperti LOL (Laughing Out Loud), ASAP (As Soon As Possible), OMG (Oh My God), dan WTF (What The Fish). Sila lihat link tu untuk dapatkan perkataan canggih ,pelik dan baru yang mungkin sesuai untuk menjadi kegunaan chating anda seperti YOYO (You're On Your Own) ,
AFAIR (As Far As I Remember) dan NSTP (Nanti Sat Tengah Pikir)


Owh! sebagai tambahan pencuci mulut, emotions untuk dipraktikkan dimana - mana ketika anda bermesej atau berchatting.


term yang telah diguna pakai oleh perempuan itu ialah "KISS" :'-( ,
kicewa sedikit, bukan sebab salah faham, tapi sebab maksud untuk perkataan "S" yang last tu . Kalau sayang ke atau sweetheart ke maksud dia tak pe la jugak



MasaLepas - Bring it on! cakap je singkatan ape, semua aku tau! *jari - jemari bersiap sedia nak search kat internet*

Tuesday, August 4, 2009

Bunyi Lekat Otak #2



A r t i s t
- Zee Avi
S o n g
- Bitterheart

l i s t e n !

Monday, August 3, 2009

kisahLepas |1|

*untuk mereka2 yang sudah menonton sahaja*

dalam bulan Jun lepas aku menonton filem Drag Me To Hell kat panggung. Sebenarnya aku tak berapa suka cerita terkejut2 @ acah2 manja macam ni, bukan apa..takut dapat serangan jantung awal dari masanya.Tapi atas desakan dan dorongan yang mengalakkan dari rakan2, pergi juga la. Bukan apa yang terjadi kat dalam panggung yang aku nak ceritakan tapi kisahnya di rumah.

aku mula mundar -mandir kat dalam bilik, "mana pulak penutup pendrive 1GB aku ni , yang smart, bergaya mutu keunggulan?" aku bermonologue. Penutup pendrive pertama dalam kareer aku dah hilang. Segala pelusok ,lorong ,corong laci meja aku diselongkar, masih tiada.. "Kat atas meja CEO Laci kertas Entertainment kot.."kali kedua bermonologue. Kali ini lagi sukar. Dah berapa minggu dah meja dia tak nmpak permukaan meja, maklum la..kerjanya CEO jadi kertas menimbun- nimbun dah aku tak ubah seperti mahu mencari jarum dalam jerami2 seperti satu episod dalam Mythbusters. Setelah timbul dari lautan barang2 dan kertas2 atas meja, aku putus harapan, masih tiada penutupnya pendrive Kingston 1GB rm55 . Sewaktu aku bercanggung kepenatan, mengharapkan cahaya puteh spotlight suluh kat kepala..
Tiba - tiba aku nampak satu benda dari bwah meja.

close up sikit mata tapi masih samar. Capai guna tangan ,sampai.. aku ambil dan tengok

Butang?? ........


Mengigil kejap aku.. teringat balik cerita drag me tu hell. Yang jadi isunya butang tu,besar betul.. lebih kurang besar duit syiling 20 sen ,dah la rekaan classic warna coklat hitam hijau. Tidak pernah kulihat orang dalam rumah aku ada baju yang butang macam tu punya besar.. Pergh!! putih kejap la aku muka aku. Kalau ada sorang kat situ waktu tu ,mesti dia kata muka aku kaler sama dengan dinding rumah. Tak tipu..



MasaLepas - Flush terus "benda" tu dalam jamban, penutup pendrive masih tidak dijumpai sampai sekarang..

Sunday, August 2, 2009

Bunyi Lekat Otak #1




A r t i s t
- Komplot
S o n g
- Nora Zen

l i s t e n!

Diskusarsi _1

Soalan yang biasa berkumandangan di gegendang telinga kalian, pilih satu pilihan hati -
wang @ kaseh sayang?

akan ada yang bersuara, "cmfrm la kaseh sayang, kalau tak.. belum tentu lagi gua berani bunuh lipas itu hari, nak protect awek gua punya psl.. *gua tkut gile lipas sbnanye*. Ha.. disebabkan kasih syg cinta habis kat awek gua tu la, gua berani cm skrg ni.. "

dan akan ada juga yang menegur, " wang la brader..duit penting giler kot. Dah lame aku mengidam nk tengok Man Utd men kat Old Trafford. klau stkat gaji bulanan yg cukup2 makan utuk setengah org makan nih..dlm mimpi je la jwpnye.. tp kn bro, ari tu aku smpat tgk man utd men ari tu wktu tour kt mlysia.. Nani tu fuh ! dasyat tu die men.. waktu die nk.." - cukup.

jadi, ada pendapat dari satu post sini , katanya lebih kurang la:

T Harv Eker pernah berkata apabila di tanya soalan yang sama:

Kalau anda diberi pilihan untuk dipotong kedua belah tangan ATAU potong kedua belah kaki… mana satu pilihan anda?

kedua belah Kaki @ kedua tapak tangan @ dua2 tak nak?

Mengapa perlu pilih SATU sahaja? Boleh tak kita miliki kedua-dua sekali!
--Sering kali, yang bertanya soalan begini, adalah mereka yang sedia tidak
mempunyai wang. Atau, mereka yang mempunyai wang, tetapi, mengabaikan kebahagiaan hidup.


senang cerita penulis itu kata pilih dua2,kenapa nak pilih satu je..kata dia la..

MasaLepas - nak pergi Nou camp,Barcelona*thinking* bank mana yang agak sedap sikit nak di"pinjam"..rasanya senapang mainan adik ada lagi dalam stor bawah tangga..

Saturday, August 1, 2009

Pengenalan

Definasi blog MasaLepas :
masa-masa yang udah lepas..

bukan,
masadepan @ angkasalepas

pesawat juga bukan..


MasaLepas - best, trip pangkor hari tu