Saturday, December 5, 2009

saya ter emo ( post berkecuali )

(susunan perenggan rawak )

aku nampak diaorang makin terer ,makin jauh kedepan
macam aku nmbor second last dlam 100 meter pecut
pandangan disini hanya ditinggalkan,
yang nyata adalah jarak yang kelihatan

takut tak sempat dek tekanan masa
3 tahun, mungkin 4, 18 ke 23
betul ke takut? releks je aku tengok
betul ke kau berlari? betul ke ha?

ada masa kerusi lipat dilibas kuat ke belakang kepala
kadang - kadang , macam sekarang
sedar sikit tengok kat tempat penonton
lihat betul kalau ada wajah kau kenal

jangan ingat tangan kau sekarang kosong
jangan jadi bodoh nombor last
tengok jelas apa yang ada
harapan diorang berdua dan keluarga berkaitan

kau bakal kalah ,tapi ingat. belum kalah
kalah bersebab kau alpa, buta
mana barang impian , kosong isi displin
kau boleh! aku tahu. sebab kau aku

sekarang tinggalkan semua rindu terhenti
esok isnin alam baru ,lihat baru ,memang baru
dosa ketagih , talian haram makan, tinggalkan
dengar aku cakap ni ! tinggal kan

kau masalah kau sebab kau pengecut
dan kau selesa jadi kecut tak bersebab
aku tolong kau sekarang, jadi dengar
lihat 'pelindung mata' , baca 06 , balik rumah

kau suka abstrak, aku nampak
tapi aku bukan diorang , Mr. D.O.P
bila mana aku tak de, ingat
..
Allah tu tuhan, bukan duit

-masalepas-